Sunday, March 21, 2010

TERENGGANU SASAR PIALA EMAS KHIR JOHARI 2010

February 25, 2010 18:39 PM

KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) -- Setelah gagal di peringkat akhir tiga tahun berturut-turut sebelum ini, Terengganu yakin mampu muncul juara Kejohanan Sepaktakraw Piala Emas Khir Johari tahun ini yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil dari 20-22 Mac ini dengan gandingan mantap pemain-pemain kebangsaan yang mewakili negeri itu.

Pengerusi Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu Mohd Shapian Ali berkata Terengganu akan menurunkan empat pemain kebangsaan terdiri Syazwan Husin, Hami Khairy Mohd Roslan, Zulhafizazudin Roslan dan Mohd Fadzli Mohd Roslan.

"Insyaallah, tahun ini akan membawa tuah kepada kita sebab kita ada empat pemain elit Malaysia yang akan memperkuatkan pasukan kali ini," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Pasukan Terengganu juga akan diperkuatkan lagi pemain-pemain Sukma yang dibimbing jurulatih dari Thailand, Wittaya Bontal.

Mohd Shapian berkata sebelum ini Terengganu kecewa dengan pencapaian pasukan negeri kerana gagal muncul juara walaupun telah memasuki pertandingan akhir kejohanan itu tiga tahun berturut-turut sejak 2007.

Beliau berkata PSTNT telah mengenal pasti 12 orang pemain termasuk empat pemain elit berkenaan untuk dipanggil menjalani pusat bagi persediaan menghadapi kejohanan itu.

Menurutnya persatuan juga telah melantik Yusof Chik sebagai jurulatih dan dibantu oleh Wittaya Bontal.

Mohd Shapian berkata kejohanan Piala Emas Khir Johari adalah penting kerana menjadi medan bagi pemilihan pemain-pemain untuk pasukan kebangsaan.

1 comment:

iylia_hamie said...

GOOD LUCK SYG...DO YOUR BEST...AND FOCUS IN UR GAMES K...

Related Posts with Thumbnails

My Playlist