Tuesday, December 15, 2009

Sukan Sea.Vientiane,Laos. (9-18 Dis 09) Sepak Takraw kempunan lagi


HARI KETIGA PERLAWANAN SUKAN SEA,LAOS (12 DIS 09)

VIENTIANE - Penantian Malaysia selama 18 tahun untuk pingat emas dalam acara sepak takraw berpasukan berpanjangan apabila kalah kepada Thailand pada perlawanan akhir Sukan SEA XXV Laos, semalam.

Kejaguhan Thailand dalam acara berpasukan ternyata masih belum mampu ditandingi apabila Malaysia terus kempunan emas setelah kalah 0-2 pada aksi akhir di Pusat Pameran Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa (ITECC).

Mara ke final acara tersebut sedikit mengubat kekecewaan kita lantaran sebahagian besar skuad kali ini dibarisi pemain muda.

Jurulatih skuad sepak takraw negara, Haris Abdul Rahman berkata, dia bangga melihatkan prestasi para pemain memandangkan ia merupakan kali pertama mereka beraksi pada Sukan SEA.

"Pengalaman tidak memihak kepada kita berbanding Thailand. Para pemain kali ini masih baru di peringkat Sukan SEA, berbanding Thailand yang membariskan pemain yang cukup berpengalaman," katanya.

Begitupun, tegas Haris, kekalahan dalam acara berpasukan tidak akan mematahkan semangat untuk memburu emas dalam acara regu yang akan bermula hari ini.

"Saya belum lagi menentukan gandingan yang akan menggalas cabaran Malaysia dalam acara regu nanti. Prestasi pemain sedang saya nilai cuma saya harap mendapat pengalaman dan pengajaran selepas aksi hari ini," katanya.


No comments:

Related Posts with Thumbnails

My Playlist