Friday, December 11, 2009

Sukan Sea.Vientiane,Laos.(9-18 Disember 09) Skuad negara berjaya lepasi ujian pertama


HARI PERTAMA PERLAWANAN SUKAN SEA.VIENTIANE,LAOS (10 DIS 09)

MALAYSIA melepasi ujian pertamanya dalam mengembalikan semula martabat negara apabila menundukkan pasukan yang menjadi igauan ramai, Myanmar 2-1 dalam perlawanan pertama pertandingan secara liga pusingan di Dewan ITECC Laos, semalam.

Kemenangan yang diraih dalam tempoh lebih dua jam itu bukannya mudah, malah anak buah Haris Abdul Rahman dan penolongnya Iskandar Arshad, terpaksa melalui saat mencemaskan.

Malah, kekalahan regu ketiga negara memberikan petanda bahawa masih ada kelemahan yang harus diperbaiki segera.
"Apa yang penting kami sudah lepasi halangan penting menentang Myanmar yang menunjukkan banyak peningkatan," kata pengurus pasukan, Datuk Arshad Yahaya.

Cuma yang membimbangkan ialah regu ketiga yang tewas dalam perlawanan mereka tadi.

Kami harus memikirkan semula kombinasi yang sesuai untuk regu ketiga bagi menghadapi Indonesia dan Laos, esok (hari ini) dan mengharapkan pemain tidak mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan ketika menentang Myanmar."
Dalam perlawanan semalam, regu pertama negara yang diwakili Ahmad Sufi Mohd Hashim (tekong), Norsharuddin Md Ghani (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri) diberi tentangan hebat trio Myanmar, Zaw Lat, Zaw Zaw Htet dan Thien Zaw Min sebelum gandingan negara menang 22-20, 21-10.

Mata kedua dan kemenangan Malaysia disumbangkan gandingan Mohd Syazwan Husin selaku tekong, Mohd Hamidkhairi Roslam (apit kanan) dan Mohd Syafiq Abd Rahman (apit kiri), mudah menewaskan regu Aung Cho Myint, Aung Myo Swe dan Kyaw Soe Win 21-15, 21-14.

Bagaimanapun, regu ketiga negara gandingan Nazirul Ikram Rozali (tekong), Mohd Khairudin Adenan dan Mohd Hafizi Manap tunduk 14-21, 16-21 kepada Kyaw Thiha Oo, Yarzar Tun dan Sithu Lin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

My Playlist