HARI PERTAMA SUKAN SEA.VIENTIANE,LAOS (10 DIS 09)
SKUAD sepak takraw negara bimbingan ketua jurulatih, Haris Abd Rahman itu berjaya meraih mata pertama acara berpasukan apabila menundukkan Myanmar 2-1 pada perlawanan pembukaan di Lao Ittec, petang semalam.
Gandingan Ahmad Sufi Mohamed Hashim, Farhan Adam serta Norshahruddin Mohd Ghani menang 22-20 dan 21-10 keatas regu pertama Myanmar manakala Mohd Syazwan Husin, Mohd Hamikhairi Mohd Roslan dan Mohd Syafiq Abd Rahman menjadikan kedudukan 2-0 apabila menundukkan regu kedua Myanmar 21-15 dan 21-14.
Kecemerlangan dua regu utama Malaysia itu bagaimanapun gagal disusuli Nazirul Ikram Rozali (Noor Azman Abd Hamid), Mohd Khairuddin Adenan dan Mohd Hafizie Manap yang tewas 14-21 dan 17-21 kepada regu ketiga Myanmar.
Biarpun menang, pengurus pasukan, Datuk Arshad Yahaya meluahkan rasa kecewanya dan beliau menyifatkan Malaysia sepatutnya mampu menang 3-0 ke atas Myanmar.

No comments:
Post a Comment