"PSM akan terus berikhtiar bagi mencari ramuan terbaik memastikan kita dapat membenamkan Thailand"Kejohanan antarabangsa Viatnam menjadi peluang terakhir bagi tahun 2008 untuk skuad sepak takraw negara menyekat dominasi Thailand selepas sekadar mengisi tempat kedua dalam kejohanan antarabangsa pada tahun ini di belakang negara gajah putih itu.
Berbekalkan regu yang mula menunjukkan peningkatan terutama selepas meraih naib juara terbuka Naning, China November lalu, berlepas ke Vietnam, menerus misi belum kesudahan terutama sewaktu bertemu dengan musuh tradisi Thailand.
Dalam cabaran beregu, pemenang tempat ke dua dalam kejohanan piala raja Thailand, Ogos lalu, Mohd Syaifullah dan Mohd Syafiq akan cuba menebus aib di tangan beregu thailand.
Selain itu, dalam acara regu, Malaysia menurunkan pemain terkuat setakat ini dipimpin oleh Mohd Syazwan selain Mohd Hamikhairi dan Mohd Azizi Manaf untuk mengibarkan jalur gemilang dalam kejohanan itu.
No comments:
Post a Comment