Skuad sepak takraw negara mengidamkan gelaran juara pada Kejohanan Antarabangsa Hanoi,Vietnam bermula dari 22 hingga 28 disember 2008.
Jurulatih negara, Haris Abdul Rahman yakin pada kejohanan terakhir bagi tahun ini, skuad sepak takraw negara mampu memberi gelaran juara sekali gus memberi sesuatu yang terbaik buat negara.
" Status sebagai pemain baru tidak menjejaskan sasaran saya untuk meraih gelaran juara. Dari segi persiapan, saya yakin semuanya sudah bersedia. Tekong kami, Mohd Syazwan Hussin ada peningkatan, begitu juga yang lain."Haris berkata, pada kejohanan sama pada tahun 2005, skuad negara berjaya menjadi juara.
Antara negara beraksi pada kejohanan ini termasuk Singapura, Thailand, Vietnam, Loas, Myanmar, serata Korea.
Sepanjang tahun ini, skuad negara cuma mara ke suku akhir dan separuh akhir Piala Datuk Bandar Hatyai, Februari lalu dan muncul naib juara berpasukan dan beregu Piala Raja Thai di Bangkok.
Pemain M'sia :
Mohd Syazwan Hussin,
Mohd Hamikhairi, Mohd Syafiq, Syaifullah dan Hafizi Manaf...
No comments:
Post a Comment