KUALA LUMPUR - Apit kanan dari Terengganu, Hamikhairi Roslan bakal turun sebagai pelibas utama skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA Ke-25 di Laos, bulan depan sekali gus dipertaruhkan untuk memburu pingat emas acara berpasukan dan antara regu lelaki.
Setelah diketepikan daripada Kejohanan Dunia Piala Malaysia dan Piala Raja Thai kerana kecederaan, temasya dwitahunan dari 8 hingga 18 Disember ini membuka kesempatan terbaik buatnya menebus kegagalan skuad negara di Kuala Terengganu dan Bangkok itu.
Malah sejak membantu Malaysia menjulang Piala Hainan Terbuka Antarabangsa Vietnam di Thanh Hoa, Oktober lalu, Hamikhairi dan gandingannya - tekong, Syazwan Husin dan apit kiri atau pengumpan, Syafiq Ab. Rahman, terus diharapkan untuk menyambung langkah cemerlang itu.
Bagaimanapun senarai yang dikeluarkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ketika kunjungan Ketua Kontinjen Sukan SEA Laos, Datuk Dr. Ramlan Aziz baru-baru ini, meletakkan gandingan Ahmad Sufi Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam sebagai regu pertama acara berpasukan.
Dua regu terbaik ini diperlukan dalam memastikan salah satu tempat daripada liga sepusingan ke perlawanan akhir acara berpasukan yang akan turut direbut Myanmar, Indonesia, Laos dan juara bertahan yang juga musuh tradisi, Thailand.
Jika kemenangan 2-0 gagal dicapai dan mengheret aksi regu ketiga, maka gandingan Noor Azman Abdul Rashid, Khairudin Adenan dan ketua pasukan, Mohd. Hafizie Manap amat ditagih negara sebagai penentu perlawanan.
Noor Azman yang kembali menyertai kem latihan skuad negara sejak bulan Ramadan lalu, turut diletakkan sebagai tekong simpanan Malaysia bagi acara antara regu di samping Syazwan, Hamikhairi, Norshahrudin dan Syafiq.
Tanggal 10 dan 11 Disember juga bakal mengukur peluang emas berpasukan apabila skuad negara ditentang Myanmar dan Indonesia dalam tempoh 24 jam di Pusat Konvensyen dan Pameran Dagangan Antarabangsa Laos (ITTEC), Vientiane.
Kemenangan ke atas dua pencabar yang tidak kurang hebat dan sering menggugat posisi kedua dunia milik kita, mampu mencerahkan peluang emas buat anak buah Haris Abdul Rahman yang turut dibantu oleh Amir Abu Bakar dan Iskandar Arshad.
Malaysia yang kali terakhir memenangi emas berpasukan sepak takraw pada Sukan SEA Manila 1991, turut akan menentang tuan rumah, enam jam selepas menentang Indonesia yang bagaimanapun tidak menyertai acara antara regu kali ini.
Kita pernah diaibkan Myanmar dalam Sukan SEA Brunei 1999 dan Kuala Lumpur 2001 malah yang terbaru, ditewaskan Indonesia 2-0 dalam separuh akhir berpasukan Kejohanan Dunia Piala Malaysia (Mei) dan perlawanan akhir antara regu Piala Raja Thai (Julai).
Sekiranya memenangi ketiga-tiga pertembungan itu, menentang Thailand pada 12 Disember hanya akan dianggap sebagai pelengkap jadual atau sesi pemanas badan selain membuka peluang menguji barisan pemain simpanan.
Namun jika ada keputusan yang tidak diingini atau berlaku ketika menentang Myanmar, Indonesia dan Laos, maka satu misi berat perlu diusahakan skuad Haris dengan mengatasi anak buah Kamol Tankimhong dalam perlawanan sebelah pagi itu.
Hanya dua pasukan dengan mata tertinggi daripada persaingan liga sepusingan ini, bakal berentap semula pada perlawanan akhir demi menentukan pemilik pingat emas berpasukan Sukan SEA Ke-25, acara tertua dalam sukan sepak takraw temasya dwitahunan ini.
Vietnam, Kemboja, Filipina dan Brunei tidak menyertai berpasukan lelaki manakala Malaysia cuma tidak mengambil bahagian dalam berpasukan wanita walaupun berpeluang cerah meraih pingat kerana cuma ada penyertaan tiga negara.

No comments:
Post a Comment